Thursday, November 29, 2007

HBML1103

TOPIK 1 : Teori Pembelajaran
TEORI BEHAVIOURISME
Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Teori Skinner pula menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku dana bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu Kesimpulannya, teori behaviourisme memberi fokus terhadap tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkahlaku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.
TEORI KOGNITIF/MENTALIS
Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:1.Pengetahuan 2.Kefahaman3.Aplikasi4.Analisis 5.Sintesis 6. Penilaian
Teori Pembelajaran GagneTeori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran : i) motivasiii) kefahamaniii) pemerolehan iv) penahananv) mengingat kembali vi) generalisasi vii) pelakuan ix) maklum balas
TEORI KONSTRUKTIVISME Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.
Prinsip-prinsip Konstruktivisme 1. Pengetahuan dibina pelajar.2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. 4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. 5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri. 6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka. 7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. 8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham . Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif.
TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE
Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:
Jenis
Sifat
Linguistik
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan
Logikal
Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle
Bodily / Kinesthetic
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus.
Visual / spatial
Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
Muzik
Sensitif terhadap irama dan bunyi .Boleh belajar dengan muzik latarbelakang
Interpersonal
Suka berinteraksi dengan individu lain . Belajar paling baik melalui aktiviti berkumpulan.
Intrapersonal
Sensitif . Belajar paling baik secara individu
Naturalist
Mampu berinteraksi dengan persekitaran


Strategi-strategi Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Merekabentuk Perisian PPBK.
Melaksanakan Penerapan Nilai-nilai MurniDalam usaha membangunkan perisian PPBK ini, kami akan menerapkan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat SPM 2000 iaitu nilai bekerjasama dan menghargai.
Menerapkan Kemahiran BerfikirDalam perisian PPBK ini, kami akan memasukkan elemen-elemen kemahiran berfikir supaya perisian yang dibina ini akan menjadi lebih menarik dan lebih mencabar minda khususnya ketika cuba mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi.
Menggunakan Strategi Pembelajaran Koperatif dan KolaboratifDengan menggunakan strategi ini yang menjuruskan kepada pembelajaran melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar.Strategi ini lebih menumpukan kepada penggunaan rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat.
Menggunakan Strategi Pembelajaran AnjalDengan menggunakan strategi ini, pelajar bebas untuk menggunakan perisian PPBK pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang ada komputer multimedia serta apa-apa topik pelajaran yang ingin dipelajari.Untuk itu , kurikulum yang baik harus dirancang agar pelajar dapat memanafaatnya.
Menggunakan Strategi Pembelajaran AktifMenurut Jonassen et.al(atas talian), pembentukan pengetahuan adalah berdasarkan pemprosesan fikiran yang aktif tentang sesuatu persepsi yang dibuat.Ia menghasilkan pemahaman yang diperolehi daripada proses yang generatif.Pembelajaran ini dilakukan dengan cara melibatkan amali dan "hand-on" dan melibatkan pelajar sepenuhnya.Pelajar melakukan pembelajaran melalui apa yang dilalui.
Aplikasi Teori dalam Rekabentuk Perisian PPBK
Pada peringkat awal perisian ini , khususnnya set induksi akan memperkenalkan objektif -objektif pembelajaran akan diperlihatkan bagi membolehkan pengguna mengetahui dan membuat pemilihan sama ada sesuai untuk dirinya atau sebaliknya . Dalam teori behaviorisme, set induksi diperlukan untuk membolehkan pengguna khususnya pelajar menunjukkan tindakbalas dan kesediaan mereka untuk mempelajari cara-cara membina laman web dengan MS Frontpage 2000.Oleh itu, kami aka menggunakan bimbingan, latihan,ganjaran dan pengukuhan bagi menarik minat pengguna untuk terus menggunakannya sehingga ke penghujung perisian.Soalan-soalan berbentuk kuiz akan disediakan bagi menguji kefahaman. Setiap jawapan yang betul akan diberikan ganjaran seperti mana yang dinyatakan dalam teori behaviorisme.Ini akan membentuk peneguhan positif seterusnya akan masuk dalam ingatan bagi tempoh yang lama.
Untuk mempraktikkan teori kognitif, perisian ini akan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ringkas bagi menyusun fakta mengikut turutan mudah kepada yang lebih sukar.Di samping itu kami akan cuba mengaitkan dengan memberikan contoh yang berkaitan dengan persekitaran mereka dalam kehidupan seharian.Dengan ini akan membantu pelajar mudah mengingati pengetahuan yang dipelajari.
Teori kontruktivisme juga akan dipraktikkan oleh pelajar semasa menggunakan perisian PPBK kerana mereka terpaksa melakukan "hand-on" .Pelajar bebas memilih mana-mana tajuk dan boleh berpindah-randah dari satu tajuk ke tajuk yang lain dengan menggunakan butang navigasi yang disediakan.
Dengan menggunakan bantuan multimedia, sudah tentu teori multiple intelligences akan diaplikasikan bagi membantu menyokong persembahan yang lebih baik dari segi gaya dan teknik penyampaian sesuatu pengetahuan atau kemahiran lebih-lebih disokong oleh bunyi,video,animasi dan latar yang sesuai.Pembelajaran hyperteks yang berpusatkan pelajar digunakan dan terpulang kepada pelajar untuk menentukan tajuk yang hendak dimulakan dahulu.
TOPIK 2 : Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik
Pengenalan
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti pendekatan, kaedah dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan dan ianya saling lengka-melengkap antara satu sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain. Pendekatan
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.
Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah. Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,
contohnya :- a) konkrit kepada abstrak b) mudah kepada kompleks c) keseluruhan kepada bahagian d) umum kepada spesifik (deduktif) e) spesifik kepada umum (induktif) f) dekat kepada jauh g) diketahui kepada belum diketahui
Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.



Pendekatan Induktif Takrif Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori.
Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan. Konsep Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum Ciri-ciri
? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan ? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan ? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran ? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit ? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru ? Penglibatan murid secara aktif ditekankan ? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan ? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Pendekatan Deduktif Takrif
Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.
Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran. Konsep
? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum ? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum ? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi ? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus


Prinsip
? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki ? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid ? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat murid ? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai ? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Ciri-ciri ? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid ? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu ? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks ? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan. Teknik Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..
Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee Ah Meng, Pedagogi ii.)
Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-
a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti berikut :-
i) Teknik bercerita ii) Teknik berbincang iii) Teknik penyelesaian masalah iv) Teknik sumbangsaran v) Teknik tunjuk cara vi) Teknik main peranan vii) Teknik bersoal jawab Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.
Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah pengajaran. Kaedah Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.
Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.
Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah berkenaan.
Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :
1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan. 2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan. 3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan. 4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan. 5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat

PengenalanDi dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang.Konsep Pendekatan.Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba.Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu.Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak.Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Konsep StrategiStrategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan , terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.Konsep KaedahKaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnyauntuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek.Konsep TeknikTeknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita.Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.Aras kemahiran Teknik mengajarPengetahuan Latih tubi dan hafazanKefahaman SyarahanAplikasi Tunjuk cara atau demonstrasiAnalisis PenyoalanSintesis PerbincanganPenilaian SumbangsaranKonsep AktivitiAktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.
TOPIK 4 : Kemahiran Membaca
A. KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

Membaca secara BERHATI-HATI
· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
· Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH
· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi
· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa
· Duduk dengan betul
· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT
· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives

HOW
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
WHY


· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8. CATATKAN isi yang dibaca
· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
· Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.


B. KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

Kemahiran MENDENGAR
· Digunakan semasa proses pembelajaran
· Boleh dilakukan serentak
· Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

Kemahiran MEMBACA LAJU.
· Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
· Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
· Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

Kemahiran MENULIS
· Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
· Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
· Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
·

Catatkan KATA KUNCI sahaja.
· Memilih isi-isi penting sahaja.
· Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
· Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

NOTA RINGKAS dan padat
· Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
· Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
· Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
Gunakan PERKATAAN sendiri
· Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
· Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
· Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

Faham setiap KATA KUNCI
· Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
· Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.

C. KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:

HAFAL isi yang dibaca
· Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
· Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

Isi DISUSUN dengan betul
· Sebutkan isi yang kamu hafal
· Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
· Pastikan turutan isi betul
· Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
· Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

UJI kemampuan daya ingatan
· Di sini kamu perlu memainkan dua watak
i- Penyoal
ii- Penjawab
· Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
· Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
· Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
· Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
· Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
a- Sebelum tidur
b- Selepas tidur
· Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.



Menggunakan Kaedah AKROSTIK
· Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
·
Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, SandangContoh: Jenis Kata:
Kata




Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana



Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN
· Gantikan fakta kepada bentuk cerita

·
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air,
Garam Mineral, Protein, KarbohidratContoh: Kelas Makanan



Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat






Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR
· Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
·
(654320789)Contoh:
654…..320……789




Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
· Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
· Pilih lagu yang paling kamu gemari.
· Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.


Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
· Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
· Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.

Menggunakan KAEDAH AKRONIM.
·
Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, AmfibiaMenggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
·
RIMBA
· Contoh: Pengelasan Haiwan


Kemahiran Membaca
Teknik Membaca KWLH
Teknik Membaca SQ3R
Skimming dan Scanning
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkarauntuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkarauntuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsepuntuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;membaca pantasmembaca kritis
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;mengingat dahulau apa yang telah diketahuimembayang atau menentukan apa yang ingin diketahuimelakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukanmenentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajarmengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibacamenentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan
Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Know (K) Apa yang sudah diketahui?
Want (W)Apa yang hendak diketahui?
Learned (L) Apa yang telah dipelajari/diperoleh?
How (H) Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?













Teknik Membaca SQ3R
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Skimming dan Scanning
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.
Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.



TOPIK 6 : Kemahiran Menulis

No comments: